Saturday, December 22, 2012

SEMAKAN KEPUTUTSAN PELAJAR ONLINE

Berita baik untuk ibu bapa dan penjaga, kini anda boleh melihat slip keputusan peperiksaan anak anda secara online melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Diharap sistem ini akan memudahkan lagi ibu bapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing. 

Untuk makluman, bagi Sekolah Rendah sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 3 dan ke atas manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Peralihan, Tingkatan 2 dan ke atas
Sistem ini diwujudkan untuk kemudahan kepada pengguna-pengguna di setiap peringkat warga KPM (sekolah, PPD dan JPN) supaya boleh melaksanakan tugas-tugas Pengumpulan data secara yang lebih sistematik dan praktikal berkaitan, Head count, Data mata pelajaran, Enrolmen murid, Data guru mata pelajaran, Profil sekolah.
Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk melihat slip keputusan peperiksaan anak anda secara online :
1. Pergi ke laman web SAPS - http://sapsnkra.moe.gov.my. Kemudian, click Semakan Ibu Bapa.
2. Masukkan No. Sijil Lahir / No. K/P Pelajar  (TANPA "-" atau "SPACE") dan pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Kemudian, click perkataan Semak.
3. Paparan berikutnya menunjukkan maklumat sekolah dan no. telefon, no. k/p, nama murid, tahun/tingkatan dan kelas. Anda boleh memilih  jenis peperiksaan untuk melihat slip keputusan. Kemudian, click Papar Slip

Saya gunakan No. K/P seorang pelajar tingkatan 5 di sekolah saya (tahun 2011) sebagai contoh untuk menunjukkan bagaimana sistem ini berfungsi. Harap maklum.

Contoh slip keputusan pelajar
Anda juga boleh melihat analisis markah dengan cara click perkataan Papar Analisa

Contoh analisa keputusan pelajar
 Slip keputusan dan analisa markah ini boleh dicetak dengan cara click perkataan Cetak.


 Maklumat penting yang perlu diketahui umum :

SAPS hanya digunakan untuk semakan peperiksaan diperingkat sekolah termasuk percubaan UPSR, PMR & SPM. Bagi semakan keputusan peperiksaan sebenar, SAPS tidak boleh digunakan sama sekali.

Guru-guru akan memasukkan markah pelajar ke dalam SAPS setelah ujian & peperiksaan berakhir serta siap ditanda. Ibu bapa boleh membuat semakan keputusan ujian & peperiksaan anak mereka setelah proses memasukkan markah ditutup. Manakala peperiksaan sebenar adalah di bawah tanggungjawab & bidangkuasa Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan tidak ada kaitan dengan SAPS.

Berikut adalah menu guru mata pelajaran yang saya gunakan bagi memasukkan markah peperiksaan melalui SAPS bagi tahun 2012. Cuba anda perhatikan - memang tiada menu untuk memasukkan markah peperiksaan sebenar.

Sumber http://www.ciklaili.com

No comments:

Post a Comment