Sunday, December 23, 2012

Bantahan Rogol di India seorang maut

NEW DELHI - Satu tunjuk perasaan yang membantah kejadian rogol dan pencabulan bertukar menjadi ganas di sini semalam apabila polis tertembak mati seorang wartawan semalam.Sebelum ini seorang wanita yang berusia 23 tahun yang dirogol dalam sebuah bas pada 16 Disember lalu kini berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital.Dia dicampak dari sebuah bas selepas dirogol oleh enam lelaki.Polis menyatakan, enam lelaki yang dipercayai melakukan kejadian tersebut telah ditangkap.Bagaimanapun, ribuan orang, kebanyakannya pelajar, mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu manakala parti Kongres yang memerintah berjanji akan bertindak dengan segera terhadap kumpulan perogol itu.Jalan-jalan raya menuju ke Istana Presiden dan ibu pejabat kerajaan disekat namun, kumpulan penunjuk perasaan cuba untuk merempuh sehingga mengakibatkan pertempuran dengan anggota polis berlaku dengan menyebabkan sejumlah orang cedera, lapor agensi berita IANS.Polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air ketika para penunjuk perasaan mendekati sekatan yang dibuat anggota-anggota pihak berkuasa. sumber; berita kosmo

No comments:

Post a Comment