Tuesday, December 25, 2012

SEMAK SAMAN JPJ DAN POLIS


Bagi yang mahu check saman bolehlah menyemaknya dengan mengikut langkah-langkah berikut.
 
Cara Semak saman trafik JPJ melalui Online :

masukkan nombor kad pengenalan atau  nombor plat kereta di sini JPJ Online

Cara Semak saman Polis melalui SMS :

-Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar ke 32728
-cth :  POLIS SAMAN 850304067089 hantar ke 32728
Atau dengancara berikut , taip sms :
-SAMAN POLIS [no pendaftaran kenderaan] , hantar ke 32728
-cth :  SAMAN POLIS WRG8902 hantar ke 32728
Jika mahu saman dihantar ke alamat email, taip SMS;
-POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar ke 32728

Cara Semak saman Polis melalui SMS

Taip      : SAMAN < NOMBOR KENDERAAN > dan hantar ke 32728
Contoh : SAMAN BHC2289 dan hantar ke 32728
 

Monday, December 24, 2012

Semakan permohonan SBP 2013


Semakan keputusan permohonan SBP 2013 bagi Tingkatan 1 secara online akan diumumkan pada 16 Disember 2012. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut KPM, semua calon boleh ketahui keputusan mereka pada tarikh yang ditetapkan.
semakan keputusan sbp 2013
Jumlah Calon Yang Layak Diterima SBP sesi 2013
Dari jumlah permohonan sebanyak 105,357, seramai 7710 murid dipilih dan akan ditempatkan di tingkatan 1 SBP tahun 2013. Dari jumlah tersebut 3645 adalah murid perempuan dan 4065 tempat adalah disediakan untuk murid lelaki. Dasar pengambilan murid ke SBP dengan memberi keutamaan murid berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar. Oleh itu sebanyak 5397 iaitu 70% permohonan diterima adalah dari murid-murid berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar.
Calon Yang Layak Untuk Ke SBP 2013 Tingkatan 1
Murid warganegara Malaysia dan mencapai 5A dalam UPSR adalah dipertimbangkan, walaubagaimanapun seramai 2313 ( 30% ) adalah mendapatsekurangnya 3A2B diterima kerana berasal dari keluarga miskin berpendapatan dibawah Paras Garis Kemiskinan ( Kumpulan Miskin Tegar )
Cara Semakan SBP 2013 Tingkatan 1
Untuk membuat semakan, sila klik Applikasi Tawaran Ke Tingkatan 1 SBP untuk mengetahui keputusan. Talian semakan sudah pun dibuka. Sila masukkan angka atau nombor giliran UPSR untuk membuat semakan.
semakan-sbp-2013
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.moe.gov.my . Selamat berjaya kepada semua calon UPSR 2012 dan tahniah kepada yang dapat tempat di SBP atau sekolah Berasrama Penuh
Pendaftaran SBP Sesi 2013
Bagi yang telah berjaya, surat dan lampiran tawaran mesti dicetak dan dibawa semasa hari pendaftaran nanti.
Rayuan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2013
Permohonan E-Rayuan boleh dibuat bermula 24 Disember 2012.


Sumber: Semakan Keputusan SBP 2013 Tingkatan 1 Online | melvister.com 

Sunday, December 23, 2012

Bantahan Rogol di India seorang maut

NEW DELHI - Satu tunjuk perasaan yang membantah kejadian rogol dan pencabulan bertukar menjadi ganas di sini semalam apabila polis tertembak mati seorang wartawan semalam.Sebelum ini seorang wanita yang berusia 23 tahun yang dirogol dalam sebuah bas pada 16 Disember lalu kini berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital.Dia dicampak dari sebuah bas selepas dirogol oleh enam lelaki.Polis menyatakan, enam lelaki yang dipercayai melakukan kejadian tersebut telah ditangkap.Bagaimanapun, ribuan orang, kebanyakannya pelajar, mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu manakala parti Kongres yang memerintah berjanji akan bertindak dengan segera terhadap kumpulan perogol itu.Jalan-jalan raya menuju ke Istana Presiden dan ibu pejabat kerajaan disekat namun, kumpulan penunjuk perasaan cuba untuk merempuh sehingga mengakibatkan pertempuran dengan anggota polis berlaku dengan menyebabkan sejumlah orang cedera, lapor agensi berita IANS.Polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air ketika para penunjuk perasaan mendekati sekatan yang dibuat anggota-anggota pihak berkuasa. sumber; berita kosmo

ZIZAN MAHARAJALAWAK BANTAH AES?

RAMAI penunggang motor berkuasa tinggi berhimpun di depan Bangunan Sri Pentas Media Prima Berhad untuk menghantar memorandum menggesa TV3 dan Mazidul Akmal Sidek memohon maaf rujuk sini[Mkini].Para penunggang motorsikal berkuasa besar ini turut bergambar dan menunjukkan kertas bertulis boikot TV3, kami bukan pelesit dan Tolak AES. Tanpa disangka-sangka, Pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Maharajalawak muncul dari celah-celah mereka.Zizan Rajalawak turut dilihat membawa dan menunjukkan sekeping kertas membantah AES bersama-sama penunggang motorsikal berkuasa tinggi.

Saturday, December 22, 2012

SEMAKAN KEPUTUTSAN PELAJAR ONLINE

Berita baik untuk ibu bapa dan penjaga, kini anda boleh melihat slip keputusan peperiksaan anak anda secara online melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Diharap sistem ini akan memudahkan lagi ibu bapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing. 

Untuk makluman, bagi Sekolah Rendah sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 3 dan ke atas manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Peralihan, Tingkatan 2 dan ke atas
Sistem ini diwujudkan untuk kemudahan kepada pengguna-pengguna di setiap peringkat warga KPM (sekolah, PPD dan JPN) supaya boleh melaksanakan tugas-tugas Pengumpulan data secara yang lebih sistematik dan praktikal berkaitan, Head count, Data mata pelajaran, Enrolmen murid, Data guru mata pelajaran, Profil sekolah.
Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk melihat slip keputusan peperiksaan anak anda secara online :
1. Pergi ke laman web SAPS - http://sapsnkra.moe.gov.my. Kemudian, click Semakan Ibu Bapa.
2. Masukkan No. Sijil Lahir / No. K/P Pelajar  (TANPA "-" atau "SPACE") dan pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Kemudian, click perkataan Semak.
3. Paparan berikutnya menunjukkan maklumat sekolah dan no. telefon, no. k/p, nama murid, tahun/tingkatan dan kelas. Anda boleh memilih  jenis peperiksaan untuk melihat slip keputusan. Kemudian, click Papar Slip

Saya gunakan No. K/P seorang pelajar tingkatan 5 di sekolah saya (tahun 2011) sebagai contoh untuk menunjukkan bagaimana sistem ini berfungsi. Harap maklum.

Contoh slip keputusan pelajar
Anda juga boleh melihat analisis markah dengan cara click perkataan Papar Analisa

Contoh analisa keputusan pelajar
 Slip keputusan dan analisa markah ini boleh dicetak dengan cara click perkataan Cetak.


 Maklumat penting yang perlu diketahui umum :

SAPS hanya digunakan untuk semakan peperiksaan diperingkat sekolah termasuk percubaan UPSR, PMR & SPM. Bagi semakan keputusan peperiksaan sebenar, SAPS tidak boleh digunakan sama sekali.

Guru-guru akan memasukkan markah pelajar ke dalam SAPS setelah ujian & peperiksaan berakhir serta siap ditanda. Ibu bapa boleh membuat semakan keputusan ujian & peperiksaan anak mereka setelah proses memasukkan markah ditutup. Manakala peperiksaan sebenar adalah di bawah tanggungjawab & bidangkuasa Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan tidak ada kaitan dengan SAPS.

Berikut adalah menu guru mata pelajaran yang saya gunakan bagi memasukkan markah peperiksaan melalui SAPS bagi tahun 2012. Cuba anda perhatikan - memang tiada menu untuk memasukkan markah peperiksaan sebenar.

Sumber http://www.ciklaili.com